Lawatan 4Hari 3 Malam ke Saigon Vietnam
Budget Pakej Dari RM 1480 – RM 1580
HARI 01 KUALA LUMPUR – SAIGON (MT/MM)
Anda dimestikan berada di lapangan terbang 3 jam lebih awal sebelum berlepas. Wakil kami akan memberikan sedikit taklimat ringkas. Setelah tiba di Bandar Ho Chi Minh, para peserta akan dibawa ke Bandar Ho Chi Minh. Dalam perjalanan, pemandu pelancong akan menerangkan mengenai bandar Saigon atau kini dikenali sebagai Bandar Ho Chi Minh iaitu sebuah bandar yang berusia lebih 300 tahun. Singgah melawat di Pejabat Pos Saigon yang mempunyai reka bentuk yang sangat unik berasaskan reka bentuk ala bangunan lama di Perancis. Makan tengahari di restoran muslim tempatan. Daftar masuk hotel, solat dan aktiviti bebas. Lewat petang makan malam di restoran tempatan dan menikmati keindahan sungai Mekong dengan menaiki cruise sambil di hiburkan dengan pelbagai pertunjukan silap mata dan nyanyian.
HARI 02 TEROWONG CHU CHI – BEN THANH MARKET (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, peserta akan dibawa terus menuju ke Terowong Chu Chi yang terletak 75 km dari Bandar Ho Chi Minh yang mengambil masa hampir 2 jam perjalanan. Terowong tersebut sepanjang 210 km dan mempunyai kedalaman sedalam 12meter. Ianya digunakan sebagai kubu semasa perang Viet Kong dahulu. Peserta boleh menimba pengalaman menembak menggunakan senjata api berpeluru hidup dengan bayaran tertentu. Setelah balik ke Bandar HCM, makan tengahari di restoran tempatan dan solat di Masjid Al Rahim sambil beramah mesra bersama penduduk muslim setempat. Sebelah petang membeli belah di Ben Than Market yang mempunyai pelbagai barangan seperti perhiasan yang diperbuat dari emas hingga ke kayu-kayan, beg, pakaian, kasut, Kristal dan sebagainya. Makan malam disediakan.
HARI 03 MY THO CITY – FREE SHOPPING (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, memulakan lawatan ke Bandar My Tho. Perjalanan dari Bandar HCMC mengambil masa hampir 1 setengah jam. Tiba disana, peserta akan dibawa menaiki feri melalui denai-denai di Sungai Mekong dan melawat dusun buah-buahan. Peserta akan dijamu dengan pelbagai buah-buahan mengikut musim ketika itu. Minuman istimewa (teh dicampur madu) dihidangkan untuk menambah tenaga dan menghilang dahaga. Sambil itu alunan muzik tradisional dimainkan untuk memeriahkan suasana. Lawatan diteruskan dengan melawat ladang ternakan lebah di Ben Tre Province dan makanan berasaskan kelapa. Makan tengahari di Ho Chi Minh City. Sebelah petang membeli belah di Hong Ann Boutique yang menjual pelbagai jenis baju tradisional Melayu seperti kurung, kebaya, jubah, telekung dan sebagainya. Selepas itu kembali membeli belah di Ben Thanh market. Makan malam disediakan.
HARI 04 SAIGON – KUALA LUMPUR (SP/MT)
Selepas sarapan, peserta bebas untuk membeli belah di kawasan sekitar Bandar hingga tiba masa untuk daftar keluar hotel. Makan tengahari dan meneruskan lawatan ke War museum. Pelbagai gambar kekejaman kesan dari peperangan ditunjukkan disini. Aturcara bebas sebelum berangkat ke lapangan terbang dan meneruskan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Aturcara dan harga tertakluk kepada perubahan semasa.
HARGA PAKEJ TERMASUK :
Tiket penerbangan
Semua cukai lapangan
Penginapan bertaraf 3 bintang
Pengangkutan berhawa dingin semasa lawatan
Makan & minum 3 x sehari di restoran tempatan
Bayaran masuk di setiap tempat lawatan
Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman
Sumbangan untuk guide & driver
Cenderahati dari pihak syarikat.
Travel insuran untuk setiap peserta.
ZIARAH SUTERA HOLIDAYS SDN BHD senantiasa mengalu-alukan maklum balas dari pihak tuan/puan. Kami boleh dihubungi di alamat berikut:
Sofi Othman 012-2080127
Ziarah Sutera Holidays Sdn Bhd
BD-G-13, Jalan Pinggiran Putra Seksyen 1,
43300 Bandar Putra Permai
Selangor, Malaysia
Talefon : 603-89480848 / 603-89482511
Fax : 603-89483511
Email : ziarahsutera@yahoo.com
URL Present: http://www.ziarahsutera.my